Vaksin CanSino: Penduduk Semporna tanpa dokumen pengenalan turut diberikan suntikan

Sebanyak 1,000 dos vaksin CanSino diagihkan kepada masyarakat setempat termasuk mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di Pulau Larapan, Semporna pada Selasa

Mengumumkan perkara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sekalipun ada dalam kalangan masyarakat di situ tidak berdokumentasi, namun, pemberian dos tunggal itu seiring dengan hasrat kerajaan bahawa tiada yang selamat sehingga semua orang selamat.

Khairy yang kini berada di Sabah diiringi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham yang turut terlibat dalam program ‘outreach’ Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Dalam kunjunmgan itu, Dr Noor Hisham turut berpeluang memberikan suntikan kepada individu yang belum mendapatkan vaksinasi.

Semporna akan menerima sebanyak 16,000 dos vaksin CanSino pada fasa pertama.

Sebanyak 200,000 dos vaksin CanSino berbentuk ‘finish product’ (produk akhir) diterima daripada pembekal CanSino Biologics Inc pada 20 Ogos lalu.

Ia adalah sebahagian daripada 3.5 juta dos vaksin CanSino yang telah ditempah oleh Malaysia dengan penghantaran dibuat secara berperingkat.

Leave a Reply