Negara belum pulih, rakyat masih susah – Tengku Adnan

Ahli Parlimen Putrajaya menyeru semua pihak agar terus fokus membantu rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Putrajaya itu berkata keadaan semasa masih membimbangkan susulan dari kes harian COVID-19 yang dicatatkan masih tinggi.

Beliau juga mengingatkan warga Putrajaya untuk sentiasa berhati-hati walaupun Putrajaya sudah memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN)

“Masih ramai yang terkesan sama ada kuarantin di rumah, di rawat di hospital dan macam-macam lagi,

“Gunakanlah Fasa 2 PPN dengan bijaksana kerana kita belum bebas sepenuhnya.” Katanya melalui kenyataan di Facebook.

Bendahari Barisan Nasional itu juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada sukarelawan yang membuat agihan sumbangan bantuan prihatin dan berharap agar semua kekal patuhi SOP dan sama-sama berusaha mengekang wabak ini.” tambah beliau.

Diharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban.

 

Terdahulu, Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Selangor akan bersama Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ini menjadikan seluruh Lembah Klang akan beralih ke Fasa 2 dan hanya berbaki Kedah serta Johor masih di bawah Fasa 1 PPN.

Ismail berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Covid-19 memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan sama.

Leave a Reply