Najib jumpa PM bincang isu semasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya, di Putrajaya.

Ismail Sabri berkata, dalam pertemuan selama sejam itu, beliau dan bekas Perdana Menteri berbincang mengenai cabaran ekonomi dan strategi menangani COVID-19.

“Hari ini saya telah menerima kunjungan daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam pertemuan selama sejam ini, kami telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik COVID-19.

“Datuk Seri Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta,” katanya dalam hantaran Facebook.

Leave a Reply