Kenapa tak boleh tukar Speaker, soal Puad Zarkashi

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi mendakwa usul pelantikan Azalina yang dicadangkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu ditolak oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Abdul Rashid Hasnor.

Beliau turut membangkitkan penolakan cadangan pelantikan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Presiden UMNO telah meminta Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengosongkan jawatannya selepas Azalina mendapat sokongan ramai kerana mencadangkan reformasi Parlimen.

Azalina telah mencadangkan pelaksanaan Akta Anti-Lompat Parti, yang mana beliau mengusulkan ‘recall election’ di kawasan wakil rakyat yang lompat parti.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, menukar Speaker Dewan Rakyat bukan perkara baharu kerana Tan Sri Muhyiddin ketika dilantik sebagai perdana menteri telah mengemukakan usul supaya Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan kerusi Speaker Dewan.

Malah, katanya, Menteri Undang Undang ketika itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, usul yang dibawa Muhyiddin itu pertama kali berlaku dalam sejarah Parlimen tetapi tidak bertentangan dengan Perlembagaan.

Ini kerana, kata Takiyuddin, pertukaran itu boleh dilaksanakan berdasarkan perlembagaan dan undang-undang.
Ariff pula membenarkan usul tersebut kerana proses demokrasi berjalan.

“Tetapi kenapa sekarang tidak boleh?,” soalnya sambil berkata, beberapa tindak-tanduk Azhar sebagai Speaker amat mengecewakam terutamanya dalam isu penggantungan Parlimen dan sidang Khas Parlimen baru baru ini.

Leave a Reply