Hari Malaysia: UMNO Shah Alam harap rakyat kekal bersatu tempuh cabaran Covid-19

Tanggal 16 September mencatat sejarah penting buat seluruh negara apabila Malaysia terbentuk dengan penyatuan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Ketua UMNO bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Dato’ Shaari mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia kekal bersatu padu dalam menempuhi kehidupan pandemik Covid-19.

“Pandemik Covid-19 menguji kita sebagai sebuah negara yang bersatu padu dalam kemajmukan budaya, ibarat cubit peha kiri peha kanan terasa pedih.” katanya dalam Facebook hari ini.

Disamping itu beliau menyatakan tema Malaysia Prihatin masih kekal relevan pada ketika ini kerana rakyat perlu terus kekal bantu membantu dalam menghadapi cabaran Covid-19 pada saat ini dan hari mendatang.

Tambah beliau, Hari Malaysia bukan sahaja menguji kesabaran seluruh rakyat negara dalam melalui kehidupan seharian, malahan semasa pandemik Covid-19 rakyat turut diuji dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sepanjang tempoh 2 tahun negara dilanda pandemik COVID-19 ini juga negara tidak dapat menyambut Hari Malaysia dan sambutan kemerdekaan.

“16 September kita masih diuji dengan kes Covid-19 yang masih mencecah lima angka, Selangor masih mencatat empat angka.”

“Diharapkan agar rakyat Malaysia kekal tabah dan kuat menghadapi cabaran Covid-19 ini.” katanya.

Leave a Reply