Capai Pemulihan Ekonomi Optimum… ‘Stop The Bleeding First, Then We Recover!’ – Dr Asyraf

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa negara tidak boleh mencapai pemulihan ekonomi yang optimum jika kita tidak ‘menghentikan’ terlebih dahulu sebarang ‘luka pendarahan’ (bleeding) yang sedang berlaku di dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME).

Ujarnya, jangan lupa bahawa SME adalah pemacu ekonomi negara yang utama.

“Mereka mewakili lebih 95% perniagaan dalam negara, menghasilkan hampir 38% keluaran (output) ekonomi negara dan majikan terbesar untuk sektor buruh dengan menggaji lebih dari 65% dari jumlah pekerjaan.

“Apa yang diperlukan oleh SME tempatan adalah pembukaan sektor ekonomi bagi membolehkan rakyat keluar berbelanja dan meningkatkan permintaan (demand) bagi produk dan perkhidmatan mereka,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal terbabit menerusi laman facebooknya.

Untuk itu, katanya, mereka memerlukan tunai bagi modal kerja (working capital) yang akan ‘menggerakkan’ aset-aset mereka yang terhenti lama akibat PKP dan Lockdown.

“Oleh itu, saya setuju bahawa Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) dan agensi-agensi pemberi kredit seperti DFI dan lain-lain untuk menyediakan tunai modal kerja yang SME perlukan.

“Usah sombong dan terlalu mengira akan kesan kepada fiskal negara. Kita masih punya ruang untuk meminjam dan berkemampuan untuk membayar hutang kita. Elok juga belajar pendekatan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang berjaya pada krisis Kewangan Global 2008 tempoh hari.

“When the bleeding stops, then the real growth can take over and we could return the true potential of our economy,” ujarnya lagi – UMNO Online

Leave a Reply