6 strategi KKM Untuk Pastikan Pesakit Bukan Covid-19 Terus Terima Rawatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menghentikan atau  mengurangkan perkhidmatan bukan covid-19 ujar  Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin dalam sesi soal Jawab Menteri (MQT) pagi ini.

Katanya Walaupun negara dilanda pandemik COVID-19, KKM tidak menghentikan atau mengurangkan perkhidmatan kepada pesakit bukan COVID-19 terutama bagi kes-kes kecemasan dan separa kecemasan.

“ Kementerian Kesihatan telah menyediakan pelan bagi memastikan pesakit bukan COVID 19 mendapat rawatan sewajarnya dan langkah-langkah yang diambil iaitu pemanjangan waktu operasi klinik pakar/ dewan bedah selepas waktu pejabat termasuk pada hari Sabtu bagi hospital-hospital tertentu

Tambahnya KKM turut Mengoptimumkan penggunaan hospital-hospital bukan pakar dan Hospital Angkatan Tentera Malaysia untuk menjalankan prosedur atau pembedahan tertentu melalui konsep Hospital Kluster dan  turut memobilisasi Pakar KKM dan Pakar Swasta ke Hospital yang tidak penyediakan perkhidmatan kepakaran tertentu serta penyumberluaran perkhidmatan.

Menurutnya proses penyumberluaran ini dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan dan kemampuan semasa kementerian berdasarkan kriteria kes dan pada masa ini, KKM bekerjasama dengan 76 buah hospital swasta seluruh Malaysia. Sehingga 31 Julai 2021, sebanyak 3,974 prosedur telah dilakukan.”

Tambah beliau lagi, Perkhidmatan secara maya, termasuk ’virtual clinic’ telah dimulakan dan akan diperluaskan dibeberapa hospital serta klinik kesihatan dan KKM turut Meneliti kebolehlaksanaan penyediaan hospital khas non-COVID-19 untuk menjalankan prosedur / pembedahan elektif yang tertangguh apabila kadar vaksinasi lengkap negara melebihi 60% dan kes COVID-19 serius menurun pada bulan September.

Beliau berkata demikian Ketika menjawab soalan YB Sungai Siput , Kesavan A/L Subramaniam yang mahu tahu apakah strategi kementerian untuk memastikan pesakit  bukan covid mendapat rawatan  yang mencukupi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply